Friday, 3 December 2010
Titah Sultan tetap diperlekeh...
Baru - baru ini, saya mengikuti beberapa ceramah agama di sekitar Selangor. Namun, apa yang menyedihkan adalah sifat pembangkang yang memperlekehkan titah baginda Sultan Selangor dengan tetap menjalankan aktiviti berpolitik walaupun bukan dengan cara berceramah tetapi dengan lebih 'halus' lagi di sekitar masjid di kawasan utara negeri ini. Flyers, pamplet dan berbagai risalah diedarkan kepada jemaah selain tampalan di bahagian makluman yang berbaur politik tanpa memikirkan titah baginda Sultan sebelum ini. Ini membuktikan bagaimana pembangkang menjurus ke arah perpecahan umat Islam khususnya Melayu di bumi Malaysia ini kerana di antara intipati titah baginda Sultan melarang aktiviti politik di masjid adalah kerana baginda mahukan perpaduan dan kedamaian di kalangan umat Islam dan Melayu khususnya rakyat Selangor dalam berjemaah di rumah Allah. Maka, rakyat boleh menilai dari sudut manakah pembangunan akhlak yang dijuruskan pembangkang jika Sultan diabaikan sekaligus Ketuanan Melayu pun mahu dibakul sampahkan! Renung - renungkanlah wahai sekelian rakan seperjuangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment