Sunday, 19 December 2010

HASUTAN : Akhbar Bicara Keadilan Semakin Melampau!

Berdasarkan gambar - gambar di bawah jelas menunjukkan 'Sistem Keadilan Negara' yang diuar - uarkan pembangkang adalah sistem yang dicipta sendiri. 

    Hasutan terhadap rakyat menjadi motif utama pencetakan artikel tersebut. Ini boleh mengancam keselamatan negara kerana 'musuh' yang dimaksudkan adalah pihak yang bertanggungjawab sendiri seperti Jabatan Perdana Menteri,Menteri KDN, pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM serta sistem kehakiman negara yang boleh mengundang perspektif buruk rakyat termasuk pemerhati dari negara luar terhadap Malaysia. 

   Mohon tindakan sewajarnya dikenakan terhadap akhbar ini dan pihak yang terlibat harus memberi penerangan yang secukupnya agar rakyat tidak tertipu dengan dakyah pembangkang yang jelas ingin merumitkan dan mengkucar - kacirkan keharmonian negara dan sistem yang sedia ada dan berwibawa.


Islam Bersaudara Melayu Bermuafakat


No comments:

Post a Comment