Tuesday 21 December 2010

FITNAH PEMBANGKANG BERKENAAN 1MALAYSIA

BELSAT tertarik dengan fitnah dari facebooker pembangkang MediaRakyat dan akhbar Malaysiakini bahawa 1Malaysia ditiru dari negara lain.


Namun, apa yang BELSAT temui melalui laman web tempat/daerah/negara yang dimaksudkan : KRjogja lahirnya Piagam 1Indonesia bertarikh 17 Oktober 2009 berbanding maklumat yang diperoleh melalui Pusat Maklumat Rakyat atau PMR yang ditulis dibawah tajuk : Sosial dan kemasyarakatan serta pembangunan bahawa kempen 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dilancarkan pada 5 April 2009.




 Ini jelas menunjukkan betapa pembangkang sanggup menggunakan isu murahan bagi meraih undi rakyat walaupun dengan menggunakan taktik penipuan siber seperti yang telah BELSAT bongkarkan.


1Malaysia dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana beliau menyedari betapa pentingnya perpaduan bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup aman dan harmoni. Perpaduan membawa lebih banyak kebaikan kepada agama, bangsa dan negara berbanding sentimen kehancuran negara yang dimainkan oleh pembangkang semata - mata untuk meraih populariti dalam politik dan menghancurkan negara demi KUASA.


BELSAT menyarankan agar rakyat menolak Pakatan Rakyat dan menyedari betapa perilaku pemfitnah tertolak dari memimpin walau organisasi sebesar reban ayam sekalipun.

Islam Bersaudara Melayu Bermuafakat



Monday 20 December 2010

Video Bongkar Salah Laku Adun Selinsing dan Nik Aziz!!!





Kredit kepada facebooker PAS BERUK dan blogger Papa Gomo serta seluruh Team Nadi Rakyat atas pendedahan ini.

Klik disini utk tonton video : Video Bongkar PAS Adun Selinsing


Video ceramah berkenaan membongkar kemelut dalaman yang berlaku dalam PAS dan isu berbangkit yang menjadi persoalan rakyat tentang bagaimana Nik Aziz boleh bertindak dengan begitu 'tenang' dalam menangani isu berkaitan ahli PAS dan sedia memaafkan tanpa prejudis berdasarkan fakta yang disebut dalam video tersebut.

Belsat mendesak agar pihak yang berkenaan memanjangkan perkara ini ke mahkamah agar dapat diputuskan bahawa Adun Selinsing ini benar - benar melakukan perbuatan terkutuk ini dan Nik Aziz benar - benar bersubahat dalam 'menyelesaikan' perkara ini dari pengetahuan masyarakat umum.

Perkara ini mesti ditangani segera agar segala tingkahlaku Nik Aziz yang mengelirukan rakyat dalam perkara berkaitan Islam dapat dirungkai.


Islam Bersaudara Melayu Bermuafakat

Sunday 19 December 2010

HASUTAN : Akhbar Bicara Keadilan Semakin Melampau!

Berdasarkan gambar - gambar di bawah jelas menunjukkan 'Sistem Keadilan Negara' yang diuar - uarkan pembangkang adalah sistem yang dicipta sendiri. 

    Hasutan terhadap rakyat menjadi motif utama pencetakan artikel tersebut. Ini boleh mengancam keselamatan negara kerana 'musuh' yang dimaksudkan adalah pihak yang bertanggungjawab sendiri seperti Jabatan Perdana Menteri,Menteri KDN, pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM serta sistem kehakiman negara yang boleh mengundang perspektif buruk rakyat termasuk pemerhati dari negara luar terhadap Malaysia. 

   Mohon tindakan sewajarnya dikenakan terhadap akhbar ini dan pihak yang terlibat harus memberi penerangan yang secukupnya agar rakyat tidak tertipu dengan dakyah pembangkang yang jelas ingin merumitkan dan mengkucar - kacirkan keharmonian negara dan sistem yang sedia ada dan berwibawa.


Islam Bersaudara Melayu Bermuafakat


Tuesday 14 December 2010

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenaka.Budi bahasanya tidak terkira,Kurang ajarnya tetap santun,Jika menipu pun masih bersopan,Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,Kecut takut kerana benar,Janji simpan di perut,Selalu pecah di mulut,Biar mati adat,Jangan mati anak.

 Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah mua'alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)

 Dalam sejarahnya ,Melayu itu pengembara lautan,Melorongkan jalur sejarah zaman,Begitu luas daerah sempadan,Sayangnya kini segala kehilangan,Melayu itu kaya falsafahnya,Kias kata bidal pusaka,Akar budi bersulamkan daya,Gedung akal laut bicara

 Malangnya Melayu itu kuat bersorak,Terlalu ghairah pesta temasya,Sedangkan kampung telah tergadai,Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga,Tangan masih memegang tali,Sedang orang mencapai timba.Berbuahlah pisang tiga kali,Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti,Masih berdagang di rumah sendiri.Berkelahi cara Melayu,Menikam dengan pantun,Menyanggah dengan senyum,Marahnya dengan diam,Merendah bukan menyembah,Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan.Setia dan sabar tiada sempadan,Tapi jika marah tak nampak telinga,Musuh dicari ke lubang cacing,Tak dapat tanduk telinga dijinjing,Maruah dan agama dihina jangan,Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali,Silaturrahim hati yang murni,Maaf diungkap senantiasa bersahut,Tangan diulur sentiasa bersambut,Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,Segala yang ada sanggup diberikan,Sehingga tercipta sebuah kiasan:"Dagang lalu nasi ditanakkan,Suami pulang lapar tak makan,Kera di hutan disusu-susukan,Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,Masihkan tunduk tersipu-sipu?Jangan takut melanggar pantang,Jika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang larangan,Jika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinan,Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana,Memegang tali memegang timba,Memiliki ekonomi mencipta budaya,Menjadi tuan di negara Merdeka "


NUKILAN
Usman Awang

Friday 3 December 2010

Titah Sultan tetap diperlekeh...

Baru - baru ini, saya mengikuti beberapa ceramah agama di sekitar Selangor. Namun, apa yang menyedihkan adalah sifat pembangkang yang memperlekehkan titah baginda Sultan Selangor dengan tetap menjalankan aktiviti berpolitik walaupun bukan dengan cara berceramah tetapi dengan lebih 'halus' lagi di sekitar masjid di kawasan utara negeri ini. Flyers, pamplet dan berbagai risalah diedarkan kepada jemaah selain tampalan di bahagian makluman yang berbaur politik tanpa memikirkan titah baginda Sultan sebelum ini. Ini membuktikan bagaimana pembangkang menjurus ke arah perpecahan umat Islam khususnya Melayu di bumi Malaysia ini kerana di antara intipati titah baginda Sultan melarang aktiviti politik di masjid adalah kerana baginda mahukan perpaduan dan kedamaian di kalangan umat Islam dan Melayu khususnya rakyat Selangor dalam berjemaah di rumah Allah. Maka, rakyat boleh menilai dari sudut manakah pembangunan akhlak yang dijuruskan pembangkang jika Sultan diabaikan sekaligus Ketuanan Melayu pun mahu dibakul sampahkan! Renung - renungkanlah wahai sekelian rakan seperjuangan...