Tuesday 21 December 2010

FITNAH PEMBANGKANG BERKENAAN 1MALAYSIA

BELSAT tertarik dengan fitnah dari facebooker pembangkang MediaRakyat dan akhbar Malaysiakini bahawa 1Malaysia ditiru dari negara lain.


Namun, apa yang BELSAT temui melalui laman web tempat/daerah/negara yang dimaksudkan : KRjogja lahirnya Piagam 1Indonesia bertarikh 17 Oktober 2009 berbanding maklumat yang diperoleh melalui Pusat Maklumat Rakyat atau PMR yang ditulis dibawah tajuk : Sosial dan kemasyarakatan serta pembangunan bahawa kempen 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dilancarkan pada 5 April 2009.




 Ini jelas menunjukkan betapa pembangkang sanggup menggunakan isu murahan bagi meraih undi rakyat walaupun dengan menggunakan taktik penipuan siber seperti yang telah BELSAT bongkarkan.


1Malaysia dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana beliau menyedari betapa pentingnya perpaduan bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang berbilang kaum untuk hidup aman dan harmoni. Perpaduan membawa lebih banyak kebaikan kepada agama, bangsa dan negara berbanding sentimen kehancuran negara yang dimainkan oleh pembangkang semata - mata untuk meraih populariti dalam politik dan menghancurkan negara demi KUASA.


BELSAT menyarankan agar rakyat menolak Pakatan Rakyat dan menyedari betapa perilaku pemfitnah tertolak dari memimpin walau organisasi sebesar reban ayam sekalipun.

Islam Bersaudara Melayu Bermuafakat



No comments:

Post a Comment